Want your
own Fotopage?








 
Fotografia Sempoi Kalamentoi

By: ajeezz othman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  >  >>]    [Archive]
Sunday, 23-Nov-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Resepsi: Khairul Syafiq & Ku Majidah @ Kepala Batas

Ketepatan masa merupakan faktor utama dalam menangkap 'moment' bagi setiap pasangan. Khidmat jurufoto memang diperlukan dalam hal-hal begini kerana ahli keluarga yang memiliki kamera memang boleh tangkap tetapi untuk satu detik yang istimewa hanya jurufoto yang berkemahiran dapat mengesan 'moment' tersebut, apatah lagi jika diberikan 'directing' dan komposisi yang menarik dapat meninggalkan kengan buat setiap pasangan pengantin baru............enjoy!











Photography & Designed: ajeezzothman

saya dah update... sila la jenguk.. Thu 27-Nov-2008 16:44
Posted by:ween  - [Link]
wow...kapturasi yang hebat bro.. nicely done beb Fri 28-Nov-2008 15:03
Posted by:saupix | militan  - [Link]
...thanx bro...saupix..lu boleh jadi pakar bahasa 'cover line' ni.....
'kapturasi" a good invention!....
Sun 30-Nov-2008 02:35
Posted by:ajeezzothman  - [Link]
Add comment


Wednesday, 19-Nov-2008 08:28 Email | Share | | Bookmark
Limited Edition

Kepada bakal Raja Sehari yang ingin merakamkan hari bersejarah dalam bentuk "photo book" setebal 40 mukasurat yang diedit sepenuhnya bersaiz 12" x 32", bolehlah membuat tempahan sekarang. Buat temujanji untuk melihat sendiri konsep album tersebut dan pakej yang disediakan.....

Entry khas Nurul Hayati & Khairul Iskandar...









Photographer & Designer: ajeezzothman
019.572.7191

Salam kenalan dari Arau,Perlis. Sun 23-Nov-2008 05:20
Posted by:scharewl  - [Link]
salam ukhwah... Tue 25-Nov-2008 08:57
Posted by:amirladong amir.alias@yahoo.com  - [Link]
Pengantin tu pon pandai... nampak natural je... tp gambar diorang kat taman mainan tu menyengat la... walaubagaimanapun singgah le kat fp saya. dah lama x update... Tue 25-Nov-2008 09:56
Posted by:Kururu doradora_chan123@yahoo.com  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Saturday, 15-Nov-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Resepsi: Mohd Khairul Syafiq & Ku Majidah @ Alor Setar

Majlis Resepsi di rumah Ku Majidah begitu meriah...makanan yang disajikan begitu menyelerakan. Sempat buat outdoor di Menara Alor Setar. Aku berkesempatan menemui ramai anak murid dan parents mereka..nak buat camno..cikgu minat punya pasal so buat freelance aje..suke tengok kegirangan pasangan pengantin dan merakamkannya sebagai kenangan abadi.
Anyway a good communications are essential for capturing a moment of happiness.......
Masa aku kahwen dulu tak dak photographer nak tangkap...tapi satu hari nanti nak upload jugak peek tu kat fp ni buat kenang-kenangan...












Official Photographer: ajeezzothman
019.572.7191

skali tgk mmg tak tahan...dua kali tgk,nk tgk lg...my kali yg ke3,nk suh cikgu wt outdo0r kami skali lg la... hehehe..
nice pix cikgu.....best2
Sun 16-Nov-2008 16:48
Posted by:alan arelan@ymail.com  - [Link]
hhhmmmm menarik.... Mon 17-Nov-2008 01:30
Posted by:yuddin  - [Link]
nice n sharp. gambaq² sumer tasty n yummy too... simply the outcome from the great photographer. keep up your good work bro...totally inspired Wed 19-Nov-2008 04:41
Posted by:riesyam riesyam@gmail.com  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Friday, 14-Nov-2008 09:26 Email | Share | | Bookmark
Pernikahan:Mohd Khairul Syafiq & Ku Majidah

Pernikahan Mohd Khairul Syafiq & Ku Majidah berlangsung di Masjid Al-Bukhari selepas waktu Asar. Turut serta adalah dua pasangan lain pada waktu yang sama. Dua pasangan lain itu disertai oleh empat photographer setiap pasangan dengan jumlahnya sembilan photographer termasuk aku. Pasangan Syafiq & Majidah hanya aku sorang aje yang cover. Nak jadi cerita bila Syafiq sampai di masjid tersebut kebetulan aku tengah sembahyang sunat, empat photographer yang sampai awal sikit tu terus belasah ambik gambar Syafiq and familinya....... jenuh berposinglah makcik-makcik yang bawak hantaran tu.. macam-macam angle depa ambik. Bila aku dah selesai solat aku pun jumpa Syafiq tapi tak terkata apalah bila tengok gelagat photographer yang entah dari mana datangnya.... nak tergelak pun ada, kesian pun ada. Itulah kisah bila photographer tak mengenali clientnya, macam-macam boleh jadi dan tak jadi! .... Dari segi moralnya...sepatutnya sebelum ambik gambar tu berilah salam dulu...mai dari mana, sapa nama, pasangan nama apa....sekurang-kurangnya tau nama tak kenal orang pun bolehlah tau client kita or not. Kebiasaannya photographer yang diarahkan oleh mak andam untuk ambik shot disekian lokasi untuk akad nikah akan terjadi kejadian begini,,, sebabnya kekadang tok kadi sehari tu ada empat lima pasangan...
Syafiq & Majidah....Selamat Pengantin Baru!










Official Photographer: ajeezzothman
019-5727191

Salam pkenalan. Caya la ajeez. Cantik la foto. Anyway nice to meet you kat majlis vip ahad lepas. Harap dapat share ilmu yang ada Mon 17-Nov-2008 23:47
Posted by:afzaman  - [Link]
ramai gak suka gi masjid albukhary tu... Sun 23-Nov-2008 12:45
Posted by:Kururu doradora_chan123@yahoo.com  - [Link]
tggi toi dia lompat !!~
Tue 16-Dec-2008 11:45
Posted by:ejardkethot  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Wednesday, 12-Nov-2008 14:05 Email | Share | | Bookmark
Jalan-jalan Tangkap Gambar...........

Setelah selesai menyiapkan dua Coffee Table album bersaiz 12" x 16" dengan setiap satunya 40 mukasurat dah masanya aku jalan-jalan bersama famili sebelum melaksanakan wedding job pada school holiday ini... My destination adalah Malacca!..
Sudah sekian lamanya tidak memijakkan kaki ke bumi Melaka. Aku tidak melepaskan peluang untuk merayap-rayap ke Bandar Melaka dengan menaiki beca...( sekali jalan 3 beca daa... famili ramai). Bermula dari Muzium Kecantikan ke Kota Farmosa, Muzium Pentadbiran Melaka dahulu...aku pekena cendol dulu di tebing sungai..
Aku punya tourist guide Mr. Mohd Said...speaking berabuk menceritakan perihal sejarah Melaka dan tempat-tempat bersejarah dan menarik disekitar bandar. Tak sia-sia aku pilih becanya... Aku menziarahi makam Hang Jebat, Hang Kasturi dan Syamsuddin Al-Sumatarani (wali yang mati syahid bersama pengikutnya..dikebumikan dibelakang rumah Abdullah bin Abd Munsyi.."Munsyi Abdullah"), sepanjang Jalan Tukang Emas atau dahulunya dikenali sebagai Harmony Road oleh pihak British kerana keunikkannya yang didiami oleh pelabagi kaum tanpa adanya rusuhan..terdapat Kuil Hindu bersebelahan dengan Masjid Kling dan Tokong Budha. Aku juga singgah di kedai yang menghasilkan gula Melaka original dan "Bounty Feet" yang satu-satunya menghasilkan kasut kecil untuk bangsa bangsawan Cina suatu ketika dahulu dan akhirnya makan nasi asam pedas...woi seharian juga pusing-pusing bandar Melaka ni. Tak lupa awal pagi tu naik Menara Taming Sari. Malam tu pi makan ikan bakar di restoran terapong, Umbai....best!
Dalam perjalan balik singgah di Muzium Bread Town, High 5 Petaling Jaya..betul-betul jalan punya...banyaklah snap diambil....so inilah antara sebahagian kecil explore race aku.....

........inilah famili yang tak ramai ni...............

..........Jalan Tukang Emas.................





..........bersama famili dan bro Mohd Said...............





.............di Menara Taming Sari.......tinggi tu



.....my eldest.......

.....my happy go lucky......

.........irshadian....F4........

mantap bro cuti cuti MALAYSIA Thu 13-Nov-2008 06:00
Posted by:eiman aliff aiemang15@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Thursday, 6-Nov-2008 12:02 Email | Share | | Bookmark
Bayaran Jurufoto.....

Baru hari nie dapat upload gambar Nurul & Iskandar yang telah mengadakan Majlis Perkahwinan pada 25 Oktober yang lalu. Biasanya kalau pakej fotografi diambil oleh Bride...memang mereka mahu merakamkan hari tersebut dengan penuh bergaya.
Sebenarnya aku begitu inspired dengan couple's love story dan nature relationship mereka.. dan inilah yang membuatkan aku ingin captured setiap moment yang indah itu. Aku memang menggemari candid dan conceptual, dan akan terus mengekalkan standard wedding photography yang telah dipelajari dan akan terus menambahkan skills dan technical know-how selagi termampu untuk memenuhi citarasa pelanggan yang dah bayar sejumlah wang untuk mendapatkan perkhidmatan. Disamping itu juga aku perlu memperbaiki diri untuk menjaga imej rakan-rakan photographer supaya masyarakat tidak memperlekehkan profession ini.
Bila memperkatakan mengenai payment nie sebenarnya begitu banyak version ceritanya...ada pros dan contra dan masing-masing menyuarakan pendapat masing-masing. Kenapa adanya Persatuan Tukang Gunting Rambut Malaysia? Mereka boleh meletakkan satu harga yang standard untuk ahli-ahlinya seluruh Malaysia. Adakah seorang tukang gunting yang begitu skilled boleh meletakkan harga mengikut skillnya? Sudah tentu boleh!.....Kalau dia Barber bagi VVIP sudah tentu cajnya tidak sama dengan yang lain. Jadi sebenarnya pasangan pengantin perlu tahu skill bakal photographernya melalui hasil kerjanya yang lalu,..websitenya....namanya...dan harga yang diletakkan sebenarnya adalah BERPATUTAN dengan brandnya.....
Sepatutnya bakal pengantinlah perlu bijak dalam memilih photographer dan menentukan adakah caj yang dikenakan adalah BERPATUTAN....

Majlis Perkahwinan Nurul & Iskandar
Nisa banyak shot hari tu....tapi tak dapat nak tengok shotnya sebab dia pun kalut juge sebagai tuan rumah..... Bila Nisa nak kahwen nanti barulah dia tak sibuk agaknye.... gurau aje....
Thanks for everything on that day.... jangan jemu untuk belajar fotografi nie Nisa.....












Official Photographer: ajeezzothman
019-5727191

lawooo semua gambo..nice laa.. Wed 12-Nov-2008 11:02
Posted by:azlieda  - [Link]
apa yg cikgu kata tu banyaklah betulnye.... dan buat saya fikir banyak kali apa yg cikgu kata... walaubagaimanapun singgahla kat blog saya d http://spir0.blogspot.com dan jangan lupa comment.

[msti tertanya 2 kenapa cuti sek ni diam je]
Sun 23-Nov-2008 12:51
Posted by:Kururu doradora_chan123@yahoo.com  - [Link]
apa yg cikgu kata tu banyaklah betulnye.... dan buat saya fikir banyak kali apa yg cikgu kata... walaubagaimanapun singgahla kat blog saya d http://spir0.blogspot.com dan jangan lupa comment.

[msti tertanya 2 kenapa cuti sek ni diam je]
Sun 23-Nov-2008 12:53
Posted by:Kururu doradora_chan123@yahoo.com  - [Link]
View all 8 comments Add comment


Saturday, 25-Oct-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Kakaknye Nisa dah kahwen.....

Masih belum berkesempatan untuk upload pic Nurul & Iskandar: Solemnization & Reception pada 25 November... so intro aje lah dulu


mak aii.....skali upload,gempak habis cikgu....isk,takleh jd nie upload pic langkawi lak nihhh.....nk kena upload gak...wachaaa!!!hehehe...overall,mmg superb pny la cikgu....... Thu 30-Oct-2008 13:41
Posted by:alan arelan@ymail.com  - [Link]
mantap tu bro Mon 3-Nov-2008 02:51
Posted by:eiman aliff aiemang15@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Wednesday, 22-Oct-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Masa untuk BERSANTAI......

19 hingga 21 Oktober aku bawak budak-budak kelas aku ke Langkawi untuk pakej 3 hari 2 malam. Lepak kat Pantai Cenang.. Aktiviti penuh dari hari mendarat sehingga balik. Paling mengasyikkan dan advanture ialah aktiviti Island Hopping. Lain kali mendarat di Langkawi aku akan pastikan aktiviti dipenuhi dengan adventure pulau ke pulau....pasti best especially berehat sambil berenang di Tasik Pulau Dayang....pergh!!!!!





























Pada hari terakhir tu kebetulan aku bertemu dengan warga Pulau Lagenda...dikenali sebagai Paksu Amir Hamzah pemilik restoran dan motel berhampiran yang ku temui ketika bersarapan pagi di situ. Paksu Amir banyak menceritakan misteri Pulau Lagenda yang masih menjadi rahsia dan tidak tercatat di dalam sejarah Pulau Lagenda. Harapan aku agar dapat bertemu lagi dengan Paksu Amir jika aku berkesempatan dan dipanjangkan usia untuk menjejakkan kaki lagi di Pulau Lagenda ini........

Official Photographer: ajeezz othman
019-5727191

Adoi....sebenarnya cukup teruja dengan keindahan alam.....yg cantek tu kurniaanNYA...sy hanya merakamkan saje. Pengorbananya adalah DSLR berkemungkinan ada masalah bila kena air masin!...... Syah, tahun depan bulan April jom turun Pulau Lagenda ada pesta mencandat sotong...... DSLR wrap dengan plastik siap-siap. Mon 27-Oct-2008 14:27
Posted by:ajeezzothman  - [Link]
seronoknya tgk depa p jenjalan kat sana.. tersangat ngan pix second last tu... semart!!!! Wed 29-Oct-2008 14:38
Posted by:saupix | militan  - [Link]
thn dpn kalu ad lag jgan lp ajk km.. Tue 4-Nov-2008 08:46
Posted by:cicha ika_cuteygurlz@yahoo.com
View all 6 comments Add comment


Sunday, 5-Oct-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Lt. Maritim Ahmad Firdaus & Zainul Qarihah

Majlis pernikahan dan majlis resepsi Lt. Maritim Ahmad Firdaus dan Zainul Qarihah di Permatang Berangan, Tasek Gelugor pada 4 Oktober dan di Alor Setar pada 5 Oktober 2008 berlangsung dengan meriahnya... Aku terpaksa korbankan raya keempat bersama keluarga kerana memenuhi tuntutan nafsu menembak nie..... seronok menembak diwaktu lemang masih dijual dan b iskut raya masih banyak...... habih nanti kena qadha dengan family bawak diorang menziarah adek bradek lak... Anyway enjoice untuk pasangan pengantin.....











Official Photographer: ajeezzothman
019-5727191

Care to comment?


Saturday, 4-Oct-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Keindahan Syawal

Syawal adalah bulan kemenangan bagi kita umat Islam. Perkahwinan pula adalah kemenangan bagi umat Islam menentang godaan syaitan dan menuruti sunnah Nabi. Penghasilan album pula ada kemenangan photographer yang telah menjuruskan usaha, tenaga, kemahiran dan peralatan mahal untuk menghasilkan kepuasan kepada pasangan pengantin dalam menghayati detik indah mereka....
Bukannya mudah mencetuskan idea...tetapi mudah untuk mengkritik,..













Official Photographer : ajeezz othman
019-5727191

Care to comment?


[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.