Want your
own Fotopage?








 
Fotografia Sempoi Kalamentoi

By: ajeezz othman

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  >  >>]    [Archive]
Monday, 1-Jun-2009 06:12 Email | Share | | Bookmark
New website!

 
Sila berkunjung ke website baru.



http://www.orientpix.com

Salam dari, ajeezzothman

Care to comment?


Sunday, 22-Mar-2009 02:43 Email | Share | | Bookmark
Nikah & Kenduri: Suria & Hafiz @ Pmtg Pak Elong, SPU

Bermulanya cuti persekolahan maka bermula kembali musim perkahwinan....
Suria & Hafiz: 14 MAC 2009
Kali ini 2009 bermulanya pakej 5R dengan 'fully edited' mendapat sambutan dari pelanggan. Perlu melakukan perubahan untuk memberikan kepuasan kepada pelanggan dan mencuba pasaran produk terbaru....















by Principal Photographer

salam bro ajeezz....tak g pameran pengantin ker ket pisa? Sat 11-Apr-2009 04:45
Posted by:arelan  - [Link]
nice

tumpang...hehehe..

BUTIK PENGANTIN & MEKAP
feel free to visit
http://yuslafiqa.fotopages.com/
Fri 24-Apr-2009 17:27
Posted by:Butik/Mekap LELA TOUCH CREATION nooor1971@hotmail.com  - [Link]
lama tak jumpa n lama tak sembang. banyak lagi saya kena belajaq kat cikgu. tak shoot dgn kak niena dah ka? Vistana dah pindah ke Bagan Serai. Tahun ni saya x pi lagi kedai kak niena. Tue 5-May-2009 15:33
Posted by:divisionone photography  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Tuesday, 30-Dec-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Edit entry penutup 2008

Masih belum berkesempatan untuk upload entry versi 'fotografia' pengantin hujung tahun 2008 yang terdiri dari:
21hb, 25hb & 28hb Disember : Pasangan Rizal & Farah
27hb Disember : Pasangan Wazir & Yone

Pengarahan memang penting dalam menghasilkan konseptual dan kewujudan elemen yang ada disekeliling. Pengantin yang dapat memberikan kerjasama dan mendengar dengan baik membuahkan idea yang mungkin akan menjadi sebuah 'masterpiece' yang akan ditatapi sepanjang hayatnya....


thanx bro jamel (http://abangshy.fotopages.com) for the "story pix"....


go go chekgue go...!! Tue 13-Jan-2009 07:52
Posted by:weddingmoment  - [Link]
Salam, terima kasih bagi tips. Tapi tak tahu nak letak kat bahagian mana. Kat edit entry ka kat mana Tue 13-Jan-2009 14:53
Posted by:afzaman afzaman@gmail.com  - [Link]
Boleh dah jeez.... Thanks. Wed 14-Jan-2009 15:24
Posted by:afzaman afzaman@gmail.com  - [Link]
Add comment


Monday, 29-Dec-2008 04:52 Email | Share | | Bookmark
Wedding Photography di NorthernWedding

Gementar dalam menghadapi tahun baru dengan pelbagai dugaan dan cabaran, keadaan ekonomi dunia yang masih tak menentu dan yang paling penting dalam menghasilkan Pakej 2009 untuk 'wedding photography', semua perkara ini perlu diambil kira. Apalah gunanya jika 'artwork' begitu bernilai tetapi tidak dapat dirasai kerana 'financial limitation'. So next year kena rangka pakej yang dapat memberi 'satisfaction' kepada photographer dan pelanggan. Kalau semua pakej nak naik harga..fotografi, make-up, pelamin, pakaian, catering dan macam-macam lagi persiapan teruklah bakal pengantin...perkahwinan mesti diteruskan, silap haribulan semua dibuat sendiri oleh keluarga pengantin, maka berkuburlah industri perkahwinan....tangkap gambar kucing la....pulak.....
Anyway aku rasa semua photographer di luar sana tu memang dapat mengenali kapasiti diri sendiri dan buatlah rundingan dengan bakal pengantin untuk mecapai persetujuan bersama...win win situation....
.................................lu pikiaq la sendiri....assalamualaikum!


ajeezzothman

..utk jadi jurugambar perkahwinan syaratnye gini aje....BAKAT dan USAHA saje takan berjaya kalu takde 2 perkara iaitu FOKUS dan KEMAHUAN...("wedding photography" adalah fokus & meningkatkan mutu dan kemahiran kerja adalah kemahuan)...D40 bukanlah masalah dan penghalang...so semoga berjaya bro! Sun 4-Jan-2009 12:35
Posted by:ajeezzothman
cikgu, saya anak murid cikgu yg jumpa masa kenduri rizal ritu. nak tanya, lens tele yg cikgu pakai tu brapa mm? Tue 6-Jan-2009 01:58
Posted by:Redhu  - [Link]
terima kasih atas semangat yg cikgu bg tu. (dok semangat ni) hehehe Fri 13-Feb-2009 05:30
Posted by:adikacu  - [Link]
View all 7 comments Add comment


Saturday, 27-Dec-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Malam Pelancaran eimanaliff.com

Aku cukup berbangga dengan sahabat aku ni yang kini telah melangkah kedepan dalam industri ini. Kejayaan bukan hanya terletak di kota besar.....yang pentingnya JIWA mesti BESAR....



.......................... Jasa ibu dan ayah dilupa jangan..................


............................isteri dan anak adalah pembakar smangat.................




alhamdullilah majlis mlm tu berjln lancar dgn seadanya thanks abg ajeees Thu 15-Jan-2009 02:54
Posted by:eimanaliff aiemang15@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Monday, 22-Dec-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
PELANCARAN eimanaliff.com!

"eimanphotomedia" kini dengan penjanamaan semula bertukar ke "eimanaliff.com". Majlis akan diadakan di Bandar Sunway, Seberang Jaya pada malam 26 Disember 2008. Majlis akan dihadiri oleh para jemputan yang terdiri dari rakan-rakan photograper dan media. Semoga 2009 merupakan tahun bermulanya setapak lagi ke arah pemesatan industri wedding photography dikalangan photographer utara setanding dengan rakan-rakan professional yang lain.
All the best untuk 'eimanaliff.com'..............aku tumpang seronok juge!....


wow. . . .bagus2,cayalah abg eiman. . . .
semoga terus sukses bro. . . arelan pon turut epi
Wed 24-Dec-2008 08:06
Posted by:alan arelan@ymail.com  - [Link]
Inginkan banyak informasi wedding anda sila lawat www.weddingzone.asia ....kami ada segalanya.
Sekiranya anda adalah pengusaha wedding,iklan percuma di portal kami....Portal terlengkap dan terbaik di Malaysia.
Sat 3-Jan-2009 17:14
Posted by:weddingzone admin@weddingzone.asia  - [Link]
Add comment


Saturday, 20-Dec-2008 16:19 Email | Share | | Bookmark
Resepsi: Jamilah & Husni @ Sg Petani

Majlis Resepsi diadakan di Taman Ria Jaya, Sungai Petani. Jamilah ni dah lama booking aku untuk majlisnya kerana dia takut aku "unavailable" dan terus bank in upfront pakej. Inilah yang sebaiknya dilakukan oleh bakal-bakal pengantin untuk "secured" photographer pada hari majlis mereka. Sebenarnya nisbah photographer dengan pengantin samalah macam nisbah doktor dengan pesakit. Sebenarnya ramai yang memiliki kamera, handphone pun ada kamera, tetapi kita kena lihat "who's behid the camera" kerana itulah yang pentingnya kerana orang itulah yang akan menghasilkan fotografi yang dikehendaki oleh pelanggannya. Kepuasan pelanggan adalah kepuasan fotographer juga.
Terima kasih kepada pasangan Jamilah & Husni yang memberikan komitmen pada majlis tersebut..wa caya lu....jom layan tengok aksi mereka.....






















~~~~~~ ::: sempoi berkepoi-kepoi ::: ~~~~~~

Tue 23-Dec-2008 04:15
Posted by:riesyam riesyam@gmail.com  - [Link]
waduh2. . . tringat ms cikgu sho0t outdoor arelan dulu nih....shahdunya,heheh . . .
buat kata cikgu,sempoi "kalimantoi" . . .
Wed 24-Dec-2008 08:18
Posted by:alan arelan@ymail.com  - [Link]
Gambaq cikgu memang tak pernah menghampakan.... teruskan berkarya Wed 24-Dec-2008 15:31
Posted by:Syahrizal  - [Link]
Add comment


Saturday, 13-Dec-2008 10:49 Email | Share | | Bookmark
Resepsi: Bahtiar & Norliza @ Simpang Gula, Taiping

 
 
 
View all 5 photos...
Tarikh ni terpaksa aku reserve untuk client ni sebab 'regular', tinggal sorang aje lagi yang belum nak kenduri..lagi pun aku sebenarnya dah lama tak 'cover' di kawasan ini. Keistimewaan kenduri di sini ialah masanya lebih awal dari Penang dan Kedah. Waktu jamuannya bermula seawal pukul 11.00 pagi dan bersandingnya 12 tengah hari. Pukul dua tu dah kira habih acara, tinggal adik beradik sahaja...Istimewanya yang membuatkan aku tertarik adalah 'outdoor'nya yang mempunyai background awan yang birunya ..original... tak macam belah utara...tak berapa biru pasal polluted kot! Cuaca di kawasan Taiping ni memang syahdu, kalau pandai composed memang menarik untuk 'kapturasi' (ayat saupix....). Pukul 2.00 tu memang pasangan pengantin tiada gangguan..boleh sangat bawak pi 'outdoor'. Sebelum 'outdoor' tu sempat jugak melihat gelagat acara setempat... 'karaoke'....perghhh.. macam-macam stail, aku teringin jugak tapi tak gamak nak pegang mic....lain kali ajelah...











hoho...cikgu skolah dr esyad dr thun brapa ek? huhu..a. an cikgu knai gak ek..hmm Thu 18-Dec-2008 07:31
Posted by:ejardkethot  - [Link]
wahaha...outdoor mengancam..
kembang mata tengok wide..
Thu 18-Dec-2008 14:22
Posted by:arie_gaban | snapsyndicate  - [Link]
salam
sempoi2 burung melati
gambar depa lg sempoi
Fri 19-Dec-2008 07:24
Posted by:zamtech  - [Link]
View all 13 comments Add comment


Friday, 12-Dec-2008 10:52 Email | Share | | Bookmark
KL Explore Race versi ajeezz

 
 
 
View all 28 photos...

Sementara break dari wedding job, aku mengajak anak-anak sedara seramai 17 orang untuk melakukan adventure ke KL pada raya kedua dengan menggunakan perkhidmatan KTMB...kelas ekonomi aje. Kami bertolak pada kul 7 pagi dengan Ekspres Rakyat. Punya meriahnya mereka dengan separuh koc adalah keluarga aku saje.

Ibu dan ayah pun hadir sama di stesen untuk mengucapkan selamat jalan kepada anak-anak mereka..aku dan isteri bertanggungjawab terhadap keselamatan semua anak sedara nie..Di atas train tu taklimat diberikan dan mereka dipecahkan mengikut kumpulan kecil dengan yang lebih dewasa bertanggungjawab terhadap yang kecil...perlu ada platun kecil..senang bagi arahan.



Pemandangan yang indah ketika matahari mulai menampakkan dirinya...perjalanan melalui pendalaman di Perak,...cuma aku tak berani menjengukkan muka lebih dari hadnya....takut muka melayang.......
Perjalanan ke Sentral KL memakan masa tujuh jam! Sesampainya disana perlu mendapatkan tiket untuk pulang ke Butterworth, malangnya tiket Ekpres Langkawi (malam) telah kehabisan pada 10 Disember. Setelah berbincang, persetujuan diambil untuk pulang pada 11 Disember pukul 2 petang dengan Ekspres Rakyat juge.... lepak 3 hari 2 malamlah jawapnya..

.....anak sulungku...amerul qassim.......

..... dalam KTM Kommuter menuju ke Bangi...... satu jam lagi daa..

..... menjejakkan kaki ke stesyen Kommuter di Bangi.. apa lagi telefon adik ipar untuk datang ambil ke rumahnya...thanks Nakiah and Razak for your hospitality.....
Adik ipar aku sudah menyediakan nasi dan hidangannya yang lazat...waduh ditambah dengan perut yang kekosongan untuk seketika dalam keretapi, apa lagi kami satu pasukan makan dengan kenyangnya laa...

Malamnya, Nakiah & Razak bawak kami ke Kajang..apa lagi pekena sate..tu yang pakat tongkat dagu tunggu sate tak sampai lagi..

Inilah design Pusat Sains Negara di Bukit Kiara yang menjadi destinasi pertama pagi Rabu 10 Disember..ayat sikit kakak jaga tiket dia bagi potongan harga berlipat ganda, so bayaran tak mahal la..


Pelbagai aktiviti dan maklumat berkaitan dengan Sains & Teknologi yang ada disitu... macam aktiviti 'mind ball' di atas yang terdapat sebiji bola yang bergerak mengikut ketenangan pemain..tengok tu, punya seriousnya anak sedara aku nie...



...aku pun turut explore apa yang ada termasuk member yang dah tinggal rangka nie..

............gadisku.......fitreena amani.....

............boboyku......ahmad qayyim....
Petangnya geng remaja pula berkunjung ke Putrajaya..tapi dengan cerita lain lak destinasinya....aku tak larat nak ikut so lepak aje...
Esoknya seawal 6.30 pagi empat laskar telah diarahkan ke KLCC untuk mendapatkan tiket untuk menaiki Sky Bridge dan memasuki Petrosains. Geng yang lain bertolak lewat sikit. Bukan apa memang sukar untuk mendapatkan tiket ke Sky Bridge, hanya 1000 orang sahaja dibenarkan melawatnya sehari.

Group kedua ke KLCC terpaksa menaiki Kommuter ke Sentral KL dan kemudiannya menaiki Putra LRT pula ke KLCC. Agak rushing jugak untuk sampai sebelum 10.45 pagi. Namun dengan bergegas macam orang giler sampai jugak kami tepat pada masanya untuk bergerak masuk.... puh...lepak giler!

...inilah anak sedara aku..penuh bergaya berada di tingkat 44 Menara Kembar Petronas...yahooo


Selepas berada di Sky Bridge kami bergerak pula ke Petrosains tanpa berlengah lagi....puhhhh penatnya.
Di Petrosains ni bukannya boleh sejam dua, kurang-kurang pun enam jam baru puas...namun apakan daya, keretapi Ekspres Rakyat dari Sentral KL ke Butterworth sudah menunggu pukul 2.30 petang..so kul 1.30 petang dah kena naik Putra LRT ke Sentral KL...rushing..rushing... bagaimana pun dengan masa yang terhad ni teroka jugak Petrosains dengan pelbagai aktivitinya..



..aku tak dapat shoot banyak sebab aku sendiri pun enjoy dengan aktiviti yang ada..
Akhirnya bila masa dah sampai kami pun berlari ke LRT pulak untuk ke Sentral KL..
Sesampainya disana train delay lak...... lepak semacam la sebelum bertolak balik....



.......hari menjelang malam ketika Ekpres Rakyat melintasi tasek di Bukit Merah......
GOOD BYE KL.........jumpa lagi nanti jika dipanjangkan usia......




ada sesapa tingin nak jadi kurus..??? haaa lawati http://alakampung.fotopages.com anda tak akan menyesal.. Sat 13-Dec-2008 02:46
Posted by:ina a.k.a ibu irfan  - [Link]
Sun 14-Dec-2008 02:03
Posted by:mknace mknace@gmail.com  - [Link]
mantap bro awat tak ajak skali seronok cuti cuti MALAYSIA Sun 14-Dec-2008 02:44
Posted by:eimanaliff aiemang15@yahoo.com  - [Link]
Add comment


Sunday, 30-Nov-2008 08:56 Email | Share | | Bookmark
Resepsi: Siti Salwa & Shamarul @ Kulim/Bkt. Mertajam

Akad Nikah berlangsung di Kulim dan kemudiannya disusuli Majlis Resepsi di Bukit Mertajam. Hujan lebat disebelah pagi bertukar baik ketika Majlis Resepsi berlangsung. Pasangan yang menarik dan romantis dapat melayani setiap tetamu dan raklan taulan namun masih dapat memberikan pose yang baik ketika sesi fotografi....well done... anyway semoga berbahgia selalu...enjoy!













A'kum apa habaq la ni. semakin sebok nampaknya cuti sekolah ni. hebat dan kreatif. selamat Aidiladha Sun 7-Dec-2008 09:23
Posted by:zulchedin zulkiflichedin@yahoo.com  - [Link]
http://ezankn.fotopages.com/
Kih...Kih...Kih
Mon 8-Dec-2008 22:43
Posted by:ezankn
fotopages tuan telah di link di fotopages saya.. Tue 16-Dec-2008 04:00
Posted by:adikacu  - [Link]
View all 9 comments Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.